Halaman

Pengikut

Ahad, 12 Februari 2012

Pemilik Tulang Rusuk Kiri

wahai pemilik tulang rusuk kiri...

saat ini saya tak tahu di mana kamu berada
mungkinkah kita masih berpijak di bumi yg sama
saya masih tercari-cari siapa kamu sebenarnya
saya harap kamu juga sedang menjejaki saya

wahai pemilik tulang rusuk kiri

saya harap walau di mana sekalipun kamu berada
kamu tidak akan pernah melupakan-Nya
saya mahu kamu sentiasa mengingati-Nya
saya mendoakan kamu agar tidak melepasi batasan agama

wahai pemilik tulang rusuk kiri

berusahalah untuk menjadi anak yang berbudi mulia
jangan pernah menderhaka pada ibu bapa
sentiasalah memuliakan mereka
menyayangi mereka selagi hayat ada

wahai pemilik tulang rusuk kiri

berjanjilah untuk setia
jangan biarkan saya kecewa
kerana saya tahu apa itu derita
pisahkan saya dengan air mata
wahai pemilik tulang rusuk kiri

semoga hadirmu membawa bahagia
seiring kita ketawa bersama
bergandingan kita meleraikan duka
mengharungi onak duri di alam nyata

wahai pemilik tulang rusuk kiri

semoga kamu menerima saya seadanya
kerana saya gadis biasa-biasa
tiada apa yang istimewa
kekurangan merata-rata



wahai pemilik tulang rusuk kiri

saya cuma ingin kamu tahu satu perkara
cinta luhur ini hanya untuk kamu dan kepada-Nya
bersama kita mengharumkan mahligai cinta kita
hingga berpenghujung di pintu syurga...


*saya ingin menjadi yang halal bagimu
*mentaatimu selayaknya
*mencintamu seumur hidupku
*semoga kita saling melengkapi
*pemilik tulang rusuk kiri...hadirmu menyempurnakan aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan