Halaman

Pengikut

Ahad, 1 Julai 2012

wayang and floria

semalam 30 Jun 2012, mmm mmg kira keje sengal kot aku and kwn2 buat dari pg kuar umah sampai tgh mlm baru balik umah. Mula2 semua lepak opis siapkan keje mana yg patut lepas tu gerak g alamanda sbb nak tengok wayang cter Abraham Lincon (betul kot aku eja ni). Kami amik kol 5.30ptg coz yg kol 3.30 semua kat baris depan kompom2 la sakit tengkuk nengoknya... sementara tunggu kol 5 kami g makan sebab dah lapar pakat ramai2 share duit makan pizza ... 


selesai tengok wayang terus shoot g Floria pulak tengok bunga.... so ni la salah 1 bunga yg leh dikirakan besar la juga kalau nak dibandingkan ....tp x puas juga nengok sebab banyak kot tempat x per nnt g lai sbb dekat jerk kot..



ni la dia mereka2 yg bersama sy... plg penting si baju merah tu dia kira bodyguard kami la ... tq nass terbaik ko ada kami x kering gusi gelak sebab ko... eheheheh


dan ni la artis yang kami dok tengok Mus May.. terbaik la lagu dia sampai ilang sore dok melalak nyanyi lagu dia


ni lai satu persembahan terbaik la juga tengok mamat tu sampai basah lencun kot dia ketuk benda alah tu... kalau aku kompom merah tapak tangan aku huhuh.. apa pun mamat ni encem la pulak....

Rabu, 16 Mei 2012

USS Singapore

Rasanya lama gle dah aku x update blog ni... heheeh bukan apa sikap 'M' menguasai diri....
tp hari ni aku gagahkan diri aku sbb nak kongsi pengalaman aku and kwn2 g USS Singapore....

kalau dulu aku dok tengok gambar org g USS singapore mulanya aku x tau apa yg sioknya kat sana... lepas tu my frenz Kay ajak g sana bila dia ajak aku pun kata ok jerk la tp still blur lai... lepas tu dia bagi macam2 link untuk aku baca dan amik tau la serba ckit apa dia keistemewaan USS.. so bila dah baca aku mula semakin teruja dan semakin x sabar nak g sana...... so 26.4.2012 berangkat la aku, k, leen, adik ipar k and si kecik hadif.....



 ni masa awal pagi kat LCCT sebelum berangkat ke Singapore


ini la dia BFF aku yg g sama2 ngan aku ke Singapore kira kawan serumah la dolu2

dah sampai Singapore masa ni nak tunggu Skytrain ke Terminal 1 dari Terminal 2 



maka sampai la aku di USS Singapore.... sampai2 jerk terus berebut amik gambar kat Giant Globe ni ... kira aku mmg teruja gle la terasa cam ada kat Hollywood plak masa ni hehehhe
(kalau ko org nak tau Universal Studio ni sebenarnya milik Genting )



 posing kat lori popcorn 


 tempat mula2 kami terjah ni la dia Transformers .... kira x rugi la masuk sini w/pun masa tu kami mmg tengah kelaparan gle tapi sebab x mo terlepas peluang terus terjah dulu tempat ni... mmg siok gle beb



ini la muka aku yang penat menunggu turn nak masuk punya la ramai org kat dalam ruang permainan transformer ni... padahal kami g ni time hari besa jerk tp dlm ni mmg ramai org.. masa ni aku main ngan leen, k ngan adik iparnya dok luar jaga hadif.... lepas aku ngan leen main k ngan adik ipar dia plak main kami amik turn jaga si kecik.....


ini salah satu watak yg ada kat area Hollywood watak yg plg aku minat tengok masa keik2 dulu Charlie Chaplin watak tanpa suara paling glame suatu ketika dulu......


ha ni la salah satu makanan yg disediakan kat dalam ni... mulanya aku ingat ssh nak cari mkn halal kat dalam USS ni rupanya sangkaan aku meleset mmg banyak kot tempat Halal.. cuma kena pandai cari.... 


ini la dia makanan aku oder iaitu rice wif rendang air aku kongsi ngan leen.... w/pun x sedap mana makanannya tp disebabkan lapar aku belasah jerk la janji perut berisi sebelum meneruskan perjalanan aku untuk bermain game2 yang lain......

 lai 1 watak kartun yg glame iaitu Shrek .... bapak gle besar Shrek ni... lepas amik gambar nngan dia kami masuk kat Castle dia plak untuk merasai 4D punya wayang kira cter Shrek la... sampai Hadif kata "Tengok Tv Besar lagi"



ini juga salah satu watak yg ada tp aku x tau la apa nama dia heheheh


apa pun mmg x rugi la aku g mmg siok. 

Selasa, 1 Mei 2012

puas kan hati kau nizan sakitkan hati ku....




Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hoo.. Sayangku

Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkanku

Reff:
Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku

terima kasih...

terima kasih atas kedukaan yg diberikan padaku...
 terima kasih nizan atas janjo dan harapan yang kau berikan pada aku dan akhirnya kau hancurkan hatiku...
moga suatu hari nnt kau akan ...........

Sabtu, 21 April 2012


21/4/2012 uat program lawatan sambil mencuci mata di Muzium Negara dan Istana Negara (lama).... mula2 g Muzium sbb ada pameran 100thn Nestle apa lai pg2 kami sebat makan free produk susu Nestle.. dah kenyang kami gerak g Istana Negara (lama) g tengok pameran diraja...
ini post paling comel dari kami... ni kira tempat tetamu DiRaja bila Sultan nak entertain tetamu dia la... org lain x leh masuk tp kami sepesel leh masuk siap posing dalam toilet dia lai.. toilet dia cukup la cantik...
tinggalkan nama dalam buku pelawat... hope sultan baca lah nama aku tu heheehh
ni kira salah satu ufti raja Kedah yg dihantar kepada siam masa dulu (teringat zaman sekola belajar sejarah... i like sejarah)
sebagai bukti yg aku dah sampai disini.... Istana Negara...
ini post dalam toilet dia.... toilet x serupa toilet lawa gle....

Isnin, 2 April 2012

Muhammad Aysraff

hari 2.4.2012... 12thn yg lalu tarikh yg sama ketika ni aku berada di Wad Wanita Hospital Besar Melaka. Aku ditahan di hospital gara2 bb dah over due... masa tu semua perasaan ada.. suka sebab nak dapat anak, duka sebab mengandug sorang diri kerana x diendahkan oleh seorang lelaki yg bergelar suami, kecewa sebab dia buat bodo sedih kenang nasib anak bila lahir nanti dan macam2 perasaan kalau tu.

Mungkin pada dia (yg bergelar bapa) aku dikira kejam kerana menidakkan hak dia sebagai ayah kepada asyraff. tapi pernah tidak dia terfikir macam mana kejamnya dia buat pda aku, membiarkan aku mengandung sendirian tanpa tanpa perhatian yg khusus dari seorang lelaki yg bernama suami... aku cemburu dengan org lain yg setiap kali buat check up bersama suami aku sendiri drive kereta ke hospital utk check up sambil ditemani oleh emak. Dikala itu aku bersyukur teramat kerana famili x pernah buang aku.. terima kasih mak, amak su, uwan, along, angah, alang dan adik.

itu cter masa ngandung blm cter masa membesakan asyraff dia langsung x pernah nak amik tau alasan yg sering digunakan adalah aku still menidakkan hak dia sebagai ayah.... naper mst semua kesalahan itu diletakkan pada aku mana t/jwab dia as a father dia harus la berani jika benar dia x bersalah.... apa pun aku tetap berdoa agar suatu hari nnt dia insaf namun andai 1 hari nnt dia datang menagih dan menuntut hak dia bila asyraff dah dewasa pasti aku akan halang terus hak itu... kenapa mst tunggu bila Asyraff dewasa...

apa pun yang pasti asyraff adalah segalanya.......

Rabu, 29 Februari 2012

My x bos

hari ni tetiba aku nak cter pasal my x-boss.. kalau dulu masa dia jd boss aku dia lom lai bergelar Dato' dulu kami panggil dia Hjh jerk.. la ni dia dah jd Tim. Ketua Pesuruhjaya (P) SPRM...


nak cter ckit pasal dia ni.. huh dia ni mmg garang mmg cengel tp dia baik ati... cam ner cengel pun dia cam ner garang pun dia aku still leh kwn ngan dia sebab dia ada angin baik dia...

segarang2 dia aku x pernah nampak atau dengar dia campak fail ke muka org sekurangnya dia ada perikemanusiaan..
aku belajar banyak benda dari dia... belajar kenal disiplin dan menepati masa time keje pun semua dari dia.. kalau dulu aku ngan mek k x berani nak kuar lama2 tkt dia membebel sekali dia membebel mau tercaput taik telinga aku ngan mek k... tp cam ner membebel pun dia pandai amik ati staff dia terutama pompuan kalau dia g mana2 dia x pernah lupa beli ole2 tuk kami sebab tu sampai skrg aku sayang dia sbb aku blm pernah lai jumpa boss pompuan cam dia...

apa pun aku doakan Dato' Su akan alwaz sucsess dlm life dia

memang dasar manusia...

x tau nak ketagori kan ko ni jenis manusia cma ner.... dulu bkn main laikan ko kutuk dia ko hina dia ko cerca dia mcm2 hingga aku jd kesian kat ko abis la semua keburukkan dia ko buka bkn stakat perangai dia sampai apa yg berlaku antara ko ngan dia atas katil pun ko cter kat aku...

mmg la manusia jenis cam ko ni adalah manusia perosak sebenarnya... puas ko mainkan aku akhirnya ko balik kat dia dan sekarang ni ko cuba tunjuk kat aku betapa bahagianya ko ngan dia dan betapa sayangnya ko kat dia tp semua tu x leh nak tutup betapa busuknya perangai dan sikap ko dulu.. aku simpan semua cter ki baik dlam ingatan aku dan aku alwaz berdoa pada tuhan agar ko sedar apa yg ko dah buat...

apa pun aku hope one day Allah will be open semua kebusukkan ko tu... aminnn

Sabtu, 18 Februari 2012

Majlis Makan Malam Amal Bekas Pelajar STAR Klang Selangor

Malam ni aku, kak t, Midah and Ucop joint cik Ana g dinner kat Shah Alam. Ingat dinner apa la upernya dinner Bekas2 pelajar sekolah cik Ana STAR Klang Selangor... huhu org lain punya dinner aku yang sakan posing




Patutnya yang rasmi majli ni adalah Sultan Selangor tp YM Sultan x dtang dia ganti ngan adik dia... So nice person comel lawa dan lembut jerk perwatakkan dia x caya tengok la sendiri




(ni la dia adik sultan selangor)

ni plak adalah artis undangan mlm ni.. mmmm encem gak orangnya w/pun dah tua la tp still encem dan sore dia still mantap..





Hail Amir...

Jumaat, 17 Februari 2012

~~jangan bersedih~~

♥ jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda
tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain

♥ jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda
tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri
...
♥ jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda
tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan

♥ jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda
tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain

♥ jangan sedih bila orang lain menghina anda
tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri

♥ jangan sedih bila orang lain memaki anda
tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain

♥ jangan sedih orang selalu mengritik kita
tapi sedihlah kerana anda tak pernah mau perbaiki diri

♥ jangan sedih kerana anda selalu jatuh
tapi sedihlah kerana anda tak mau bangkit kembali

♥ jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir
tapi sedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman

INGATLAH !
kunci masalah selalu ada dalam diri , bukan di luar

~~PadaMu ku berserah...~~

Ya Allah Ya Ilahi, Andai masanya belum tiba, Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan, Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah Ya Rahman, Jika aku jatuh cinta, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, Maka hilanglah cintaku padanya, Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah Ya Rahiim, Dan jika dia mencintai aku, Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada-Mu, Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, Kerana dari situ lahirlah rahmah & mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah Ya Hakiim, Jika ini bukan masanya, Jika ini belum saatnya, Dan jika Kau tahu kami belum bersedia, Selamatkan kami, Jarakkan kami, Pisahkan kami, Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah, Agar kami tak mengundang murka-MU, Agar kami dapat lebih menjaga hati, Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah Ya 'Aliim, Andai dia bukan untuk ku, Andai dia bukan jodohku, Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya, Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya, Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu, Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku, Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin

"Sometimes the best & the most beautiful things in the world cannot be seen, cannot be touched, but can be felt in the heart"

Ahad, 12 Februari 2012

Pemilik Tulang Rusuk Kiri

wahai pemilik tulang rusuk kiri...

saat ini saya tak tahu di mana kamu berada
mungkinkah kita masih berpijak di bumi yg sama
saya masih tercari-cari siapa kamu sebenarnya
saya harap kamu juga sedang menjejaki saya

wahai pemilik tulang rusuk kiri

saya harap walau di mana sekalipun kamu berada
kamu tidak akan pernah melupakan-Nya
saya mahu kamu sentiasa mengingati-Nya
saya mendoakan kamu agar tidak melepasi batasan agama

wahai pemilik tulang rusuk kiri

berusahalah untuk menjadi anak yang berbudi mulia
jangan pernah menderhaka pada ibu bapa
sentiasalah memuliakan mereka
menyayangi mereka selagi hayat ada

wahai pemilik tulang rusuk kiri

berjanjilah untuk setia
jangan biarkan saya kecewa
kerana saya tahu apa itu derita
pisahkan saya dengan air mata
wahai pemilik tulang rusuk kiri

semoga hadirmu membawa bahagia
seiring kita ketawa bersama
bergandingan kita meleraikan duka
mengharungi onak duri di alam nyata

wahai pemilik tulang rusuk kiri

semoga kamu menerima saya seadanya
kerana saya gadis biasa-biasa
tiada apa yang istimewa
kekurangan merata-rata



wahai pemilik tulang rusuk kiri

saya cuma ingin kamu tahu satu perkara
cinta luhur ini hanya untuk kamu dan kepada-Nya
bersama kita mengharumkan mahligai cinta kita
hingga berpenghujung di pintu syurga...


*saya ingin menjadi yang halal bagimu
*mentaatimu selayaknya
*mencintamu seumur hidupku
*semoga kita saling melengkapi
*pemilik tulang rusuk kiri...hadirmu menyempurnakan aku...

Happy birthday "Pak cik"

12.02... happy birthday to you pak cik... moga pak cik akan selalu dirahmati Allah dan dilindungi olehNya dan hope pak cik akan sihat sokmo...



terima kasih atas segala kenangan yg pernah kita lalui bersama...

hari anugerah dan hari Q sekolah Asyraff

Semalam 11.02.2012 mummy menghadiri majlis Anugerah dan Hari Q Sekolah Asyraff... ada 2 perkara buat mummy rasa proud dengan anak mummy yg sorang ni.. yang pertama adalah...



(ini la dia yg buat mummy rasa sejuk jerk ati mummy sebab anak mummy baca doa.. bkn sebarang doa ok dia baca doa selamat....syukur alhamdullillah sebab mummy dapat anak cam ni...)






(yang paling mummy bangga adalah anak mummy dapat hadiah ni bawa hadiah yg mmg amat berharga buat mummy... terima kasih anak mummy...)

Asyraff bernazam

4.2.2012 (sabtu) asyraff masuk pertandingan nazam kat masjid Al-Azim Melaka... semangat jerk dia call mummy suruh mummy balik tengok dia bernazam...
selalunya dia la org yang paling liat nak bangun pagi tp pg tu dia bangun seawal kol 5.30pg bangun dengan penuh semangat siap solat subuh awal lai.. mmmm





apa pun mummy happy sebab anak mummy buat dengan terbaik... tp duit mummy kopak sebab kena ikut semua yg asyraff nak

2 sahabat sejati....

8 Feb 2012 terjadilah sebuah cerita yg agak tragis la.... 2org sahabat yang berkawan lebih kurang 6thn akhirnya terpisah kerana pertukaran.....
ini la dia persahabatan antara shazila dan juita... 2org sahabat karib yg mmg akrab sesangat la... x leh nak cter cam ner akrabnya dia org ni.. cukup la gambar kat bawah ni menceritakan cam ner akrabnya dia org ni... sampai org dah cam adik beradik la... adik beradik pun x cam depa ni...









apa pun aku doakan persahabatan dan ikatan yg dah terjalin x akan terputus selamanya... buat shazila jgn lupa kami kat sini ko adalah kawan kami semua anytime ko perlukan kami ko dtg jerk cari kami kat sini .... ok..

and selamat bertugas ditempat baru buat ko cik... (p/s kalau ada abg polis single yg encem krim salam k)

Jumaat, 10 Februari 2012

Gugurnya Air Mata Seorang Lelaki....

Pagi ni td dapat call dari my niece Adibah yg my cousin's wife meninggal dunia. Aku terus and mak su terus shoot balik kg ziarah famili... sampai jerk rumah arwah aku ternampak my cousin.. mula2 aku pelik gak sebb aku tengok dia very cool leh siap dok lepak2 sambil hisap rokok.... and then aku masuk dalam rumah plak sebab nak tengok arwah uat kali terakhir aku terpandang anak2 arwah 3 perempuan 1 lelaki semua masa tu tengah baca yassin. Yang lelaki aku tengok tenang dan relaks jerk yg pompuan jerk aku tengok kejap2 nangis terutama si Along tambah sayu bila ingat yang si Along nak kawin bln 5 ni... segala persiapan dah buat...

Bila dah setel semua lepas masa nak mandikan jenazah baru aku terpandang muka anak lelaki tunggal arwah menangis....

Dah siap mandi dan dikapankan maka dipanggil semua ahli keluarga untuk bagi penghormatan terakhir iaitu kucup arwah buat kali terakhir. mula2 aku pandang cousin aku relaks lagi tp akhirnya gugur jua air mata lelakinya sedih dan sayu kerana kehilangan orang yang paling dia sayang dan orang hidup dengan dia lebih 20thn.... masa tu aku mmg kesian sangat tengok dia.... apa pun aku hope sangat agar cousin aku and anak2 dia tabah dan kuatkan semangat...

Al-Fatihah buat Kak Nora.... MOga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dengan orang2 yang beriman... amin

Ahad, 5 Februari 2012

sakit ati...

mmm mmg aku tengah sakit ati ngan dia ni... dulu masa nak kat aku bkn main lai hangkan... hari2 hang dok kutuk bini hang... bini yg buruk tang ni la buruk tang tu la semuanya buruk .. la ni mmm mmg jenis JANTAN hipokrit... apa pun aku pasrah sbb aku selalu pikir dunia ni berputar cam roda skrg waktu ko tersenyum dan tertawa x mustahil 1 hari nnt ko akan rasa balasan tuhan terhadap ko sbb ko pun jenis JANTAN lupa akan t/jwab... so pikir2 la baik2 erk kalau ikutkan ati aku nak jerk aku cter kat bini ko apa yg ko dok hina bini ko... SENDIRI mo Ingat erk bro

Sabtu, 28 Januari 2012

Asyraff

someone yg aku ribdu

x tau la nape sejak 2 menjak ni aku asyik dok ingat seseorang yg pernah bertahta dlm ati aku ni... mmm mmg sakit ati sebenarnya tp sakit ati tu lebih menjurus kepada rindu saat2 indah bersama dia... lebih2 lai sejak akhir2 ni dia aktif plk dlm fb adoii aiii sakit jiwa gak aku dibuatnya...

apa pun marah cam ner benci cam ner pada dia tp tetap banyak kenangan bersama dia.. terutama bila aku tatap wajah satu2nya zuriat kami Muhammad Asyraff... tipu la kalau aku kata aku dah lupakan dia .... sesungguhnya setiap inci kenanan pahit manis bersama dia tetap segar dalam ingatan aku... aku tau dia dah lupa banyak kenangan kami sbb tu dia aku tengok cam x kesah jek

Selasa, 24 Januari 2012

RINDU

pada sapa sebenarnya aku rindu ni sejak akhir2 ni aku sering rindu pada seseorang... tiap kali ternampak dia on9 kat fb sejak 2 menjak ni ati aku mst berdebar2 adoii aiii aku rindu kat dia ke.... sakitnya ati ni sbb naper dia aku rindu... aku kan selama ni rindu kat Mr. N tp bila tengok Mr. N on9 aku x rasa cam ner aku rasa bila dia On9... Ya! Allah tlg hambamu ini....

Rabu, 18 Januari 2012

aku benci la...

aku plg pantang ngan org yg suka menangguk di air yg keroh.... ckp lebang lebung tapi habuk pun x ada last2 uat muka toya kat aku mmg aku benci SIAL siut...
jgn sampai aku benci ngan cara ko sebab aku kalau dah benci mmg ssh sbb aku plg x suka nak benci org.. sekali 2 kali x per ni ........ adoiii

Ahad, 15 Januari 2012

terima kasih Ya Allah...

Sesungguhnya setiap orang ada melakukan kesilapan dan kesalahan.. namun Dia Yang Maha Esa senantiasa memberi peluang untuk kita memperbetulkan kesilapan kita.... dan aku bersyukur kerana aku diberi peluang itu utk memperbetulkan kesilapan dan kesalahan aku dulu...

Alhamdullillah Dia masih bagi aku peluang untuk memperbetulkan kesilapan aku...
aku pernah tersilap langkah jauh terpesong dan tersasar dari jlnNya namun aku cepat disedarkan dan di kejutkan dari terus tersasar dan terpesong.. dan akhirnya aku masih diberi peluang utk kembali kepangkal jalanMu...

Moga aku tidak akan tersasar lagi... Ya Allah bimbing la la hambamu ini untuk kembali ke pangkal jalan Mu dan berada di landasan yg betul....

Anak Mummy....

cam x caya jerk ank aku dah nak masuk 12thn... la ni dia dah darjah 6 and x lama lai nak amik exam UPSR... kejap jerk ank aku dah meningkat dewasa.... subhanallah aku rasa mcm smlm jerk aku baru jerk melahirkan dia ke muka bumi ni...




Alhamdullillah aku berjaya membesarkan dia sendirian tanpa dia yg bernama ayah...
semoga aku akan terus cekal dan kuat utk membesarkan dia..

hope muhammad asyraff akan jd anj yg terbaik dunia dan akhirat...

mummy sayang asyraff 4eve and ever....

Selasa, 10 Januari 2012

my Mr. N

terima kasih Ya Allah kau makbulkan doa aku tuk dengar dia panggil aku Busyuk mlm ni... sesungguhnya aku rindu akan panggilan tu... sekarang baru aku tau sapa yg aku paling sayang dan rindu sememangnya dia adalah Mr. N ... dulu kini dan selamanya hanya dia dan dia tiada insan lain yang bisa merebut hati ini.....

JANGAN SUKA AMIK KESEMPATAN

diam bkn bererti takut tp sebenarnya x kuasa nak pikir sangat tp makin lama makin melampau makin kurang ajaq makin naik lemak... bagi peha mau kepala plak... lama2 mana leh tahan kalau stakat sekali sekala x per ni dah alwaz ini blh menyebabkan org naik antu. aku bkn la kesah sangat tp kalau dah selalu aku pun sewel dibuatnya... so be careful jgn sampai aku mula membenci dan mula naik antu.. kalau aku dah start naik antu dan dah start benci org naya org...

so peringatan jgn pikir diri sendiri jerk kena gak pikir org sekeliling...

Rabu, 4 Januari 2012

ibu ku sayang...

pg td masa waktu subuh mak jatuh terlentang ya Allah terkejut aku ... Muhammad Asyraff yg yg tengah dok tdo melompat bangun sbb terkejut gara2 terdengar suara mak menjerit... sedihnya aku bila tengok mak cam tu... lepas uruskan asyraff ke sekolah aku terus pecut bawa mak g klinik Dr. Adam kat kuala sg baru dr. kata mak x ada apa2 tp aku tau mak sakit sampai nak jln pun ssh....

sekarang ni mak g dok ngan adik aku kat melaka... bsk mak ada medical check up kat hospital melaka.. kalau di ikutkan ati mo jerk aku cuti lai sbb ssh ati ngan mak ni.... hope mak cepat sembuh....

"hanya mereka yang tahu macam mana rasanya bila mak tersayang jatuh sakit, dan org tu jerk la yg tau cam ner perasaan aku la ni"